Ahad, 23 September 2012
MENANGIS KERANA TAKUT KAN ALLAH SWT
Janganlah malu untuk bertaubat kerana terlalu banyak dosa. Tetapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat... :)
>>LUANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK MEMBACA ILMU YANG BERMANFAAT UNTUK DIRI KALIAN>>>
BAB 2
(MENANGIS KERANA TAKUT ALLAH SWT)
(IMAM AL-GHAZALI)(PENENANG JIWA)
Telah berkata Abul Laits ra:
“Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat-malaikat dilangit tujuh bersujud sejak Allah menciptakan mereka sampai hari kiamat. Mereka takut menderhakai Allah. Ketika hari kiamat mereka mengangkat kepala seraya berkata: “Maha Suci Engkau. Kami telah menyembah Engkau dengan sesungguhnya.” Demikian ini yang di sebut dalam firman Allah;
Ertinya: Ketika itu (Malaikat) takut kepada Tuhan di atas mereka dan mereka memperbuat apa-apa yang disuruh (An Nahl:50)
Rasulullah saw bersabda:
Ertinya: “ ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan jatuh dari pohonya.”
Diceritakan: Ada lelaki jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk suatu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sesampai di kampong yang sunyi ketika orang-orang telah tidur. Lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si wanita itu pun menyahut “Lihatlah apakah orang-orang telah tidur semuanya?” Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak. Setelah jelas orang-orang telah tertidur, segera dia menghampiri wanita seraya berkata: “benar semua orang telah tidur.” Lali wanita itu bertanya: “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah?” Apakah saat ini Dia juga tidur?” Lelaki tersebut menjawab: “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.” Wanita itu lalu berkata lagi: “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak kita takuti.” Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan tersebut kerana dia takut kepada Allah. Dia pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia ada seorang bermimpin bertemu dengannya. Lalu di Tanya: “Apakah yang dilakukan oleh Allah kepadamu?” lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosa itu.”
Hikayat: Di dalam golongan Bani Israil ada seorang lelaki abid yang menanggung keluar yang ramai. Dia ditimpa kecelakaan yang menyulitkan dia mencari pendapatannya sehingga tidak mampu berbuat apa-apa. Dia memerintakan isterinya agar mencari sesuatu untuk menanggung keluarganya . kemudian perempuan itu dating ke rumah seorang kaya dan meminta sedikit makanan untuk keluarganya. Orang kaya itu berkata: “Baiklah. Tapi serahkan dirimu untukku barang sebentar.” Perempuan itu terdiam dan segera pulang ke rumahnya. Apabila pulang melihat anak-anaknya merengek-rengek, “Ibu,kami akan mati kelaparan. Berilah kami makanan.” Hatinya tidak tertahan. Dia kembali ke rumah orang kaya tadi dan dia ceritakan perihal keluarganya. Lalu orang kaya itu bertanya: “Apakah engkau bersetuju dengan permintaan ku?
Perempuan itu mengangguk.
Namun ketika berada dalam bilik yang sunyi itu, tubuh perempuan itu menggeletar seolah-olah seluruh anggota badannya hendak terlepas. Maka orang kaya itu bertanya: “Mengapakah engkau melakukan demikian?” Perempuan itu menjawab: “Sebenarnya aku takut kepada Allah.” Kemudian orang kaya itu berkata: “Engkau telah takut kepada Allah bersama kefakiranmu. Maka semestinya aku lebih takut daripada engkau.” Segera di menghentikan keinginannya terhadap perempuan itu. Diberikan apa yang diminta oleh perempuan itu. Dan perempuan itu pulang membawa nikmat melimpah yang melimpah, sehingga keluarganya menjadi senang. Kemudia Allah member wahyu kepada Nabi Musa as: “Katakanlah kepada fulan bin fulan. Aku telah mengampuni dosanya.” Lalu Nabi Musa datang kepada orang kaya tersebut seraya berkata, “Barangkali engkau telah berbuat sesuatu kebaikan antara engkau dengan Allah.” Lalu orang kaya itu menceritakan apa yang telah berlaku dan nabi musa berkata: “Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosamu…” Demikianlah tersebut dalam kitab ‘Majma’ul Lathaif’.
Dirawikan daripada Nabi Muhammad saw, Baginda berkata:
Sesungguhnya Allah telah berkata: “Aku tidak mengumpulkan pada hamba-ku dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa takut kepada-ku di dunia, Aku amankan di Akhirat. Dan barangsiapa (merasa) aman dari-ku di dunia, Aku takutkan dia di Akhirat
Allah awt berfirman:
Ertinya: “Maka janganlah engkau takut kepada mereka dan takutlah kepada-ku”
(Al Imran:175)
Pernah pada suatu ketika Umar bin Khatab jatuh pengsan, manakala mendengar ayat Al-Quran dibaca. Kemudian pada suatu ketika dia mengambil sepotong kayu sambil berkata: “Sekirannya aku menjadi kayu, tidaklah aku menjadi seperti ini. Dan jika sekiranya ibuku tidak melahirkanku.” Beliau menangis teresak-esak. Air matanya mengalir membasahi pipinya. Sehingga pada mukanya ada dua garis hitam bekas air mata. Sehingga rasulullah pernah mengatakan,
“Api (neraka) tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kepada Allah swt. Sehingga air susu kembali ke buah dada.
Tersebut dalam kitab, ‘Raqaiqil Akhbar’
Pada hari Kiamat seorang hamba di panggil. Oleh kerana amalan buruknya lebih banyak, maka diperintahkan dia masuk Neraka. Kemudian sehelai rambut dipipinya berkata: “Ya Tuhanku, ututsan-mu Muhammad telah bersabda , “Barangsiapa menangis kerana kerana takut kepada Allah, maka mengharamkan mata itu dalam neraka.” Dan sesungguhnya aku telah menangis kerana takut kepada Engkau.” Lalu Allah mengampunkan dan menyelamatkannya daripada api Neraka berkat sehelai rambut. Kemudian jibril mengumumkan “Fulan bin Fulan telah selamat, berkat sehelai rambut!”
Tersebut pula dalam kitab ‘Bidayatul Hidayah’
Manakala hari Kiamat, didatangkanlah api yang bergemuruh. Hingga menggetarkan hati setiap umat. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh semakin keras. Hingga terdengar dari jarak perjalanan lima ratus tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata “Nafsi-nafsi” (sendiri-sendiri). Kecuali nabi Muhammad saw. Beliau berkata “Umatku-umatku.” Kemudian keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad berusaha menolaknya sambil berkata: “Demi orang-orang yang bersolat. Demi orang-orang shiddiq. Demi orang-orang yang khusyuk. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai yang khusyuk. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!” tetapi api itu tidak juga kembali. Jibril as berkata: sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu dia datang menghampiri nabi Muhammad saw dengan membawa segelas air sambil berkata: “Ambillah air ini. Percikan ai kea pi itu!” kemudian Nabi memercikkan kea pi itu. Dan seketika itu api menjadi padam. Lalu nabi bertanya: “Air apakah ini”? Jibril berkata: “Itu adalah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang ku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkan kea pi sehingga padam dengan izin Allah”
Rsulullah saw seringkali berdoa:
Ertinya: “Ya Allah berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis”
Diceritakan daripada Muhammad bin Munzir ra. Manakal menangis beliau mengusap air mata ke muka dan janggutnya sambil berkata: “telah aku dengar bahawa bahawa api tidak akan menjilat muka yang basah oleh air mata. Maka seyuginya orang mukmin takut akan seksa Allah serta menahan diri daripada nafsu dan syahwat. Allah telah berfirman:
Ertinya: “Maka barangsiapa yang derhaka. Dan mengutamakan hidup di dunia. Maka sesungguhnya nerakalah tempat diamnya. Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannyadan menahan dirinya daripada hawa nafsunya. Maka sesungguhnya Syurgalah tempat diamnya.”
(An nazi’at: 37-41)
Barangsiapa ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala dan rahmat-nya, Hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi maksiat.
Dalam kitab Zahrir Riyadh, dirawikan dari Nabi saw, sesunggunya beliau bersabda:
“Ketika telah masuk ahli Syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu mereka menjadi kehairanan. Kemudia Allah berfirman: “wahai hamba-hamba-ku mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan.” Mereka menjawab, “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian Allah berfirman kepada malaikat,” Bukalah tabir daripada muka mereka.” Malaikat menjawab, “Wahai Tuhanku, bagaimana dapat melihat Engkau? Sedangkan mereka itu derhaka.” Allah berfirman lagi, “Bukakan tabir! Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin berjumpa dengan-Ku.” Lalu Malaikat membuka tabir. Sehingga mereka dapat melihat. Maka segera mereka bersujud kepada Allah. Tetapi Allah berfirman: “Angkat kepalamu. Ini bukan tempat beramal. Melainkan tempat keramat (kemulian). Kemudian mereka Nampak Allah dengan tanpa kaifiyah. Dia berkata kepada mereka : “Salam sejahtera bagi engkau wahai hamba-hamba Ku. Aku redha kepadamu. Apakah engkau telah redha kepada-ku?” mereka menjawab: “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah member kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.” Inilah yang dimaksudkan firman Allah:
Ertinya: “Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepada Nya
(Al Baiyinah: 8)
Dan firman Allah yang berbunyi:
Ertinya: “(Dan ucapan) selamat perkataan daripada tuhan yang pengasih.”
(yasin: 58)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan