"seni keimanan"
Selasa, 25 September 2012
IKUT KAN HATI????
"IKUT KAN HATI"..???
, Apa khabar kepada semua,nak pantun sikit.."budak kecik makan durian,makan durian tercekik di halcom ASSALAMUALAIKOM,,HEHE.. Hari ini saya ingin membawa tajuk sedikit pelik tapi mendalam maksud-nya. Pernah dengar orang-orang zaman sekarang bila berbual kadang-kadang ade masuk kan ayat ini "Ikut kan hati aku aku nak jerw tumbok budak ur dgn penumbok aku nie" pernah tidak kita dengar atau kita sendiri yang pernah berkata begitu, Saya akui saya pernah berkata begitu. Fikir-fikir semula oleh otak bonak saya,
ia adalah salah satu masaalah dalam diri kita yaitu yang dikenali adalah masalah hati, dalam sebuah hadis pernah di sebut ""INGAT! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah jika ia baik, maka baiklah jasad seluruhnya. jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. INGAT! "
(h.r. Bukhari & muslim )
Mari kita muhasabah diri kita balik, kita lihat betul ke hati atau perasaan yang mengawal diri kita..???
Andainya kita dalam keadaan bergitu kita akan terus hanyut dalam bisikan syaitan kerana janji syaitan akan terus menyesatkan anak cucu Nabi Adam sehingga hari kiamat. Oleh itu Allah telah bekal kan kita dgn Akal yang tiada pada binatang untuk kita gunakan. Apakah tindakan yang akan kita buat didunia ini andai kita mengikut hawa nafsu atau kata hati maka ia akan selalu melulu, andai kita gunakan Akal dan pandangan mata hati insyaAllah keputusan yang kita buat pasti akan tepat. Mata hati adalah fikiran nafsu yang selalu hendak kan kearah kebaikan dan bercantum dengan akal yang waras pasti selepas ini tiada lagi perkataan "ikut kan hati aku nak sahaja tombok budak" kerana fikiran yang bersih dan hati yang bersih akan menghasilkan Hamba Allah yang sejati.
Ahad, 23 September 2012
MENANGIS KERANA TAKUT KAN ALLAH SWT
Janganlah malu untuk bertaubat kerana terlalu banyak dosa. Tetapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat... :)
>>LUANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK MEMBACA ILMU YANG BERMANFAAT UNTUK DIRI KALIAN>>>
BAB 2
(MENANGIS KERANA TAKUT ALLAH SWT)
(IMAM AL-GHAZALI)(PENENANG JIWA)
Telah berkata Abul Laits ra:
“Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat-malaikat dilangit tujuh bersujud sejak Allah menciptakan mereka sampai hari kiamat. Mereka takut menderhakai Allah. Ketika hari kiamat mereka mengangkat kepala seraya berkata: “Maha Suci Engkau. Kami telah menyembah Engkau dengan sesungguhnya.” Demikian ini yang di sebut dalam firman Allah;
Ertinya: Ketika itu (Malaikat) takut kepada Tuhan di atas mereka dan mereka memperbuat apa-apa yang disuruh (An Nahl:50)
Rasulullah saw bersabda:
Ertinya: “ ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan jatuh dari pohonya.”
Diceritakan: Ada lelaki jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk suatu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sesampai di kampong yang sunyi ketika orang-orang telah tidur. Lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si wanita itu pun menyahut “Lihatlah apakah orang-orang telah tidur semuanya?” Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak. Setelah jelas orang-orang telah tertidur, segera dia menghampiri wanita seraya berkata: “benar semua orang telah tidur.” Lali wanita itu bertanya: “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah?” Apakah saat ini Dia juga tidur?” Lelaki tersebut menjawab: “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.” Wanita itu lalu berkata lagi: “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak kita takuti.” Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan tersebut kerana dia takut kepada Allah. Dia pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia ada seorang bermimpin bertemu dengannya. Lalu di Tanya: “Apakah yang dilakukan oleh Allah kepadamu?” lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosa itu.”
Hikayat: Di dalam golongan Bani Israil ada seorang lelaki abid yang menanggung keluar yang ramai. Dia ditimpa kecelakaan yang menyulitkan dia mencari pendapatannya sehingga tidak mampu berbuat apa-apa. Dia memerintakan isterinya agar mencari sesuatu untuk menanggung keluarganya . kemudian perempuan itu dating ke rumah seorang kaya dan meminta sedikit makanan untuk keluarganya. Orang kaya itu berkata: “Baiklah. Tapi serahkan dirimu untukku barang sebentar.” Perempuan itu terdiam dan segera pulang ke rumahnya. Apabila pulang melihat anak-anaknya merengek-rengek, “Ibu,kami akan mati kelaparan. Berilah kami makanan.” Hatinya tidak tertahan. Dia kembali ke rumah orang kaya tadi dan dia ceritakan perihal keluarganya. Lalu orang kaya itu bertanya: “Apakah engkau bersetuju dengan permintaan ku?
Perempuan itu mengangguk.
Namun ketika berada dalam bilik yang sunyi itu, tubuh perempuan itu menggeletar seolah-olah seluruh anggota badannya hendak terlepas. Maka orang kaya itu bertanya: “Mengapakah engkau melakukan demikian?” Perempuan itu menjawab: “Sebenarnya aku takut kepada Allah.” Kemudian orang kaya itu berkata: “Engkau telah takut kepada Allah bersama kefakiranmu. Maka semestinya aku lebih takut daripada engkau.” Segera di menghentikan keinginannya terhadap perempuan itu. Diberikan apa yang diminta oleh perempuan itu. Dan perempuan itu pulang membawa nikmat melimpah yang melimpah, sehingga keluarganya menjadi senang. Kemudia Allah member wahyu kepada Nabi Musa as: “Katakanlah kepada fulan bin fulan. Aku telah mengampuni dosanya.” Lalu Nabi Musa datang kepada orang kaya tersebut seraya berkata, “Barangkali engkau telah berbuat sesuatu kebaikan antara engkau dengan Allah.” Lalu orang kaya itu menceritakan apa yang telah berlaku dan nabi musa berkata: “Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosamu…” Demikianlah tersebut dalam kitab ‘Majma’ul Lathaif’.
Dirawikan daripada Nabi Muhammad saw, Baginda berkata:
Sesungguhnya Allah telah berkata: “Aku tidak mengumpulkan pada hamba-ku dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa takut kepada-ku di dunia, Aku amankan di Akhirat. Dan barangsiapa (merasa) aman dari-ku di dunia, Aku takutkan dia di Akhirat
Allah awt berfirman:
Ertinya: “Maka janganlah engkau takut kepada mereka dan takutlah kepada-ku”
(Al Imran:175)
Pernah pada suatu ketika Umar bin Khatab jatuh pengsan, manakala mendengar ayat Al-Quran dibaca. Kemudian pada suatu ketika dia mengambil sepotong kayu sambil berkata: “Sekirannya aku menjadi kayu, tidaklah aku menjadi seperti ini. Dan jika sekiranya ibuku tidak melahirkanku.” Beliau menangis teresak-esak. Air matanya mengalir membasahi pipinya. Sehingga pada mukanya ada dua garis hitam bekas air mata. Sehingga rasulullah pernah mengatakan,
“Api (neraka) tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kepada Allah swt. Sehingga air susu kembali ke buah dada.
Tersebut dalam kitab, ‘Raqaiqil Akhbar’
Pada hari Kiamat seorang hamba di panggil. Oleh kerana amalan buruknya lebih banyak, maka diperintahkan dia masuk Neraka. Kemudian sehelai rambut dipipinya berkata: “Ya Tuhanku, ututsan-mu Muhammad telah bersabda , “Barangsiapa menangis kerana kerana takut kepada Allah, maka mengharamkan mata itu dalam neraka.” Dan sesungguhnya aku telah menangis kerana takut kepada Engkau.” Lalu Allah mengampunkan dan menyelamatkannya daripada api Neraka berkat sehelai rambut. Kemudian jibril mengumumkan “Fulan bin Fulan telah selamat, berkat sehelai rambut!”
Tersebut pula dalam kitab ‘Bidayatul Hidayah’
Manakala hari Kiamat, didatangkanlah api yang bergemuruh. Hingga menggetarkan hati setiap umat. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh semakin keras. Hingga terdengar dari jarak perjalanan lima ratus tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata “Nafsi-nafsi” (sendiri-sendiri). Kecuali nabi Muhammad saw. Beliau berkata “Umatku-umatku.” Kemudian keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad berusaha menolaknya sambil berkata: “Demi orang-orang yang bersolat. Demi orang-orang shiddiq. Demi orang-orang yang khusyuk. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai yang khusyuk. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!” tetapi api itu tidak juga kembali. Jibril as berkata: sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu dia datang menghampiri nabi Muhammad saw dengan membawa segelas air sambil berkata: “Ambillah air ini. Percikan ai kea pi itu!” kemudian Nabi memercikkan kea pi itu. Dan seketika itu api menjadi padam. Lalu nabi bertanya: “Air apakah ini”? Jibril berkata: “Itu adalah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang ku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkan kea pi sehingga padam dengan izin Allah”
Rsulullah saw seringkali berdoa:
Ertinya: “Ya Allah berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis”
Diceritakan daripada Muhammad bin Munzir ra. Manakal menangis beliau mengusap air mata ke muka dan janggutnya sambil berkata: “telah aku dengar bahawa bahawa api tidak akan menjilat muka yang basah oleh air mata. Maka seyuginya orang mukmin takut akan seksa Allah serta menahan diri daripada nafsu dan syahwat. Allah telah berfirman:
Ertinya: “Maka barangsiapa yang derhaka. Dan mengutamakan hidup di dunia. Maka sesungguhnya nerakalah tempat diamnya. Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannyadan menahan dirinya daripada hawa nafsunya. Maka sesungguhnya Syurgalah tempat diamnya.”
(An nazi’at: 37-41)
Barangsiapa ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala dan rahmat-nya, Hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi maksiat.
Dalam kitab Zahrir Riyadh, dirawikan dari Nabi saw, sesunggunya beliau bersabda:
“Ketika telah masuk ahli Syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu mereka menjadi kehairanan. Kemudia Allah berfirman: “wahai hamba-hamba-ku mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan.” Mereka menjawab, “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian Allah berfirman kepada malaikat,” Bukalah tabir daripada muka mereka.” Malaikat menjawab, “Wahai Tuhanku, bagaimana dapat melihat Engkau? Sedangkan mereka itu derhaka.” Allah berfirman lagi, “Bukakan tabir! Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin berjumpa dengan-Ku.” Lalu Malaikat membuka tabir. Sehingga mereka dapat melihat. Maka segera mereka bersujud kepada Allah. Tetapi Allah berfirman: “Angkat kepalamu. Ini bukan tempat beramal. Melainkan tempat keramat (kemulian). Kemudian mereka Nampak Allah dengan tanpa kaifiyah. Dia berkata kepada mereka : “Salam sejahtera bagi engkau wahai hamba-hamba Ku. Aku redha kepadamu. Apakah engkau telah redha kepada-ku?” mereka menjawab: “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah member kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.” Inilah yang dimaksudkan firman Allah:
Ertinya: “Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepada Nya
(Al Baiyinah: 8)
Dan firman Allah yang berbunyi:
Ertinya: “(Dan ucapan) selamat perkataan daripada tuhan yang pengasih.”
(yasin: 58)
Jumaat, 21 September 2012
(TAKUT KEPADA ALLAH SWT)
Bab-1
(TERJEMAHAN KITAB AL-QULUB)
(Penenang jiwa pengubatan & rawatan)
(IMAM AL-GHAZALI)
(TERJEMAHAN KITAB AL-QULUB)
(Penenang jiwa pengubatan & rawatan)
(IMAM AL-GHAZALI)
(TAKUT KEPADA ALLAH SWT)
Tersebut dalam sebuah hadis.Dari Rasulullah SAW bagind bersabda:
“sesungguh nya Allah menciptakan Malaikat. Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari nur dibawah Arasy Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis Nur. Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohon keampunan bagi orang tersebut sampai kiamat.”
Sesetengah hukuma mengatakan: keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan. Keselamatan roh pada sedikit dosa. Dan keselamatan agama terletak pada Khairil Anam (Muhammad saw)
Allah swt berfirman
Ertinnya: “wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang di usahakan untuk besok (hari kiamat). Takutlah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan”

(Al-Hasyr: 18)
Sesungguhnya malaikat,langit,bumi,siang dan malam,pada hari kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusi. Baik atau buruk, taat atau maksiat. Bahkan, seluruh badan akan mempersaksikannya. Bumi member kesaksian bagi orang mukmin dan zahid seraya berkata: “Dia telah bersolat, berpuasa, berhaji dan berjihad di atasku.” Maka legelah orang mukmin dan zahid itu. Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata: “Di atas ku dia telah musyrik, berzina, minum arak dan maka haram.” Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika di hisab.
Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dengan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abdul-laits telah berkata:
“Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara”
Pertama, pada lisannya. Dia menghindarkannya daripada dusta, ghibah, menyebarkan fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca al-quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasulullah saw tela bersabda:
“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu”
Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat bagi penyakit-penyakit hati selain daripada ilmu dan amal.
Ketiga, pada pandangannya. Maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakain atau hal-hal yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia. Tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar. Rasulullah saw telah bersabda
“Barangsiapa memenuhi matanya daripada perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api, pada hari kiamat.”
Keempat, pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi barang yang haram itu dosa besar. Sebagaimana Nabi saw bersabda:
“Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atauseteguk barang itu berada itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di neraka.”
Kelima pada kedua tangan nya. Dia menggunakannya untuk perkara yang haram. Tetapi hanya mempergunakannya untuk taat kepada Allah.
Dirawikan daripada Ka’ab Akhbar, dia berkata:
“Sesungguhnya Allah swt telah mencipta bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula ada tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah.”
keenam, pada langah (kakinya). Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-nya, serta untuk bergaul dengan para ulama orang-orang soleh.
Ketujuh, terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut daripada riak dan munafik .
Barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam ketegori orang-orang yang dikatakan oleh Allah swt:
Ertinya: “sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air (syurga)
(Al-Hijr:45)
Seolah-olah Allah mengatakan: Sesungguhnya pada hari kiamat mereka selamat daripada api Neraka.
Dan seharusnya seorang mukmin harus berada di antara rasa takut dan berharap. Dia harus sentiasa mengharapkan rahmat Allah. Tidak berputus asa mengharapkannya. Sebagaimana termaktub dalam firman Allah:
“ Janganlah engkau berputus asa terhadap rahmat Allah.”
(Asy syura:45)
Dia harus sentiasa menyembah kepada Allah. Menghentikan perbuatan buruk. Serta bertaubat kepada Allah.
Hikayat: Pada suatu hari Nabi Daud duduk di tempat peribadatannya tiba-tiba dia melihat ulat merah. Maka dalam hati dia berkata “Apakah kiranya kehendak Allah pada ulat ini?” Maka dengan izin Allah ulat itu berbicara seraya berkata “Wahai Nabi Allah! Di siang hari tuhan Tuhanku mengilhamkan agar aku membaca ‘Subhanallah Wal Hamdulillah Wala-Illa Allah Akhbar’ seribu kali. Sedangkan di malam hari Tuhan mengilhamkan agar mengilhamkanku agar aku membaca ‘ Allahumma Solli ala Muhammaddinin Nabiyyil Ummiyyi Wa’ala Alihi Wa Sohbihi Wa Sallam’ seribu kali. Lalu apakah yang engkau baca hingga aku aku ingin mengambil mengambil faedah daripada mu?” Maka Nabi Daud as amat menyesal menghina pada ulat itu. Dia rasa takut kepada Allah, lalu dia bertaubat dan bertawal kepada-nya.
Nabi Ibrahim Al Khalil as tatkala mengingatkan kesalahannya, berasa amat sedih dan risau hatinya. Kemudian Allah mengutuskan Jibril as dating kepadanya seraya berkata: “Allah kirim salam kepada engkau dan berkata” Adakah engkau melihat seseorang takut kepada kekasihnya?” Kemudian Jibril as menjawab: “jika aku ingat akan kesalahanku dan memikirkan seksaan-nya, maka lupalah bahawa aku kekasih-nya” Demikian akan keadaan para nabi, wali, oorang soleh dan orang-orang zuhud.

Rabu, 19 September 2012
PENENANG JIWA
"INGAT! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah jika ia baik, maka baiklah jasad seluruhnya. jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. INGAT! "
(h.r. Bukhari & muslim )
Adalah sesuatu hal yang pasti, bahawa pada setiap jiwa manusia terjadi pergelutan dan peperangan yang dahsyat yang menentukan apakah dia akan tetap sebagai manusia atau akan menjadi binatang yang berbadan manusia. Itulah peperangan antara rayuan syaitan dan seruan agama. antara kebatilan dan kebenaran.
Memang, sebuah nafas panjang ditarik dan dihembuskan. bersama jutaan jeritan. menanti suatu keputusan. dunia ini menawarkan kenikmatan. Nuansa indah mendengungkan nilai-nilai kemanusiaan. Kaki, hendak ke mana melangkah? Antara syaitan dan malaikat bergelut. berebut mnguasai diri. tapi, hendak ikut siapa....?
Demikianlah peperanagn itu berlangsung.
Kedua-dua belah pihak bertarung dalam kancah peperangan iaitu hati. Jika iblis yang menang, manusia akan kehilangan kemanusiannya. Dan apabila agama yang menang, ia akan menjadi manusia yang luhur, arif dan bijaksana.
Setiap kemaksiatan yang dilakukan oleh seseorang, ia bagaikan bintik-bintikhitam yang mengotori dan mengeraskan hatinya. Semakin ia berani melakukan maka ketika itulah hati akan menderitai penyakit. Sesuatu penyakit yang berbahaya namun tidak dapat dirasai. penyakit yang sukar ditemukan doktornya. penyakit yang akan menghantar seseorang ke neraka!
hasil sumber
(" KITA MUKASYAFAH AL QULUB"
Imam Al-ghazali, rahimahu allah

Isnin, 17 September 2012
Indeks prestasi NAFSU
Jaga.. Jaga... Jaga... Jaga... Jagalah hatimu
Jangan... Jangan... Jangan biarkan kotori hatimu
Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jangan... Jangan... Jangan biarkan kotori hatimu
Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya illahi
Bila hati kian bersih, pikiran pun kian jernih
Semangat hidup kan gigih, prestasi mudah diraih
Namun bila hati busuk, pikiran jahat merasuk
Ahlak kian terpuruk, jadi mahluk terkutuk
Bila hati kian suci, tak ada yang tersakiti
Pribadi menawan hati, ciri mukmin sejati
Namun bila hati keruh, batin selalu gemuruh
Seakan dikejar musuh, dengan Allah kian jauh
Bila hati kian lapang, hidup sempit tetap senang
Walau kesulitan datang, dihadapi dengan tenang
Tapi bila hati sempit, segalanya makin rumit
Seakan hidup terhimpit, lahir batin terasa sakit
JAGALAH HATI
Lirik & Lagu : Aa Gym
Arr music : Reza Ramsey, MD Ruhanda
Arr. Vocal : P. Rusli

Langgan:
Catatan (Atom)